Saat kami sekeluarga bersedih mengenang pemergian si kecil yang tidak sempat melihat dunia..setelah cukup menghabiskan masa Sembilan bulan di dalam rahim mamanya dengan membesar dari sebentuk Alaqah kepada seorang bayi yang sihat,comel dan sempurna…
Apahal dengan pihak hospital Ranau bila menyatakan rasa tidak berani untuk menyambut seorang bayi yang sempurna sifatnya dan tidak bermasalah? Saya berIstighfar beberapa kali bila mengetahui kakak yang sudah sakit ingin melahirkan di kirimkan ke hospital likas(kononnya lebih pakar dalam hal ini) tetapi menerima layanan yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan nyawa bayi hilang kerana kecuaian pihak hospital dalam mengendalikan pesakit kritikal. Damnwrong!!!
Di awal pagi 30hb, kakak mula terasa sakit bersalin,dengan rasa debaran bercampur gembira untuk menyambut bayi ini..kakak di hantar ke hospital berdekatan. Keadaan mula bermasalah bila mendapati ketika itu tiada nurse or doctor pakar untuk menyambut kelahiran kali ini setahu saya hanya pesakit kritikal yang akan dikirimkan ke kk. Kami sekeluarga akur bila kakak terpaksa di hantar ke hospital Likas untuk melahirkan bayi. Sampai di hospital Likas lain pula ceritanya….perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam dari ranau ke kk pastinya membuatkan tahap kesakitan kakak semakin bertambah,tepat jam 11.30 kakak sampai di hospital likas yang peliknya kakak di bawa ke kaunter mengambil nombor giliran untuk bersalin.
Ambik nombor giliran? pesakit yang dikirimkan ke hospital likas menggunakan ambulance dan dalam kritikal dikehendaki untuk mengambil nombor giliran???
Bayangkan…kakak saya mula sakit bersalin di awal pagi..tapi giliran kakak untuk check baby jam 5 ptg??? Sangat unreasonable.seperti pihak hospital memandang sebelah mata tentang keselamatan nyawa pesakit. Apa sebenarnya khidmat yang ingin di sediakan oleh pihak hospital kepada masyarakat? Dan jam 7 ptg….bayi kakak didapati sudah meninggal dunia.lemas di dalam rahim…air ketuban kakak pecah dan sudah melebihi had jam yang sepatutnya untuk bersalin…
Dugaan kali ini lebih berat.hati saya sebak melihat kakak yang menanggung semua ni…mak,dan dua lagi kakak lain memandikan jenazah bayi..kecil comel dan sempurna sifatnya. Hati menangis,tergurisnya perasaan bila terkenangkan kecuaian pihak hospital melayan pesakit…langsung tidak boleh di maafkan.
Saya akan buat complaint,nurse yang bertugas untuk kes kakak saya ini seharusnya di tamatkan perkhidmatannya.





